REFLEKSI PELAJAR

HANIF  BIN HADRI
4181004061


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua…
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya memberi peluang lagi kepada saya untuk menuntut ilmu dengan seorang pensyarah yang sangat merendah diri dan mempunyai pelbagai ilmu yang boleh dipelajari daripada beliau. Nama beliau ialah Encik Khairul Al Rashid Bin Mohd Nawi di dalam subjek ECS 3143 Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi pada semester ini. Daripada subjek ini, saya dapat mempelajari bagaimana hendak menggunakan teknologi pada masa kini yang kian canggih dan menggaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran pada masa kini selaras dengan abad ke-21. Penggunaan kaedah pengajaran yang betul juga merupakan satu faktor yang penting untuk membantu melicinkan perjalan P&P dengan adanya bantuan daripada teknologi dapat membantu pelajar untuk memahami tajuk tersebut dengan betul. Contohnya seperti, model assure yang mana menitikberatkan analisis kepada pelajar terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu pembelajaran yang mempunyai kepelbagaian sikap, jantina dan sebagainya. Bahan bantuan mengajar yang tepat juga dapat merangsang keprihatinan pelajar untuk dalam pendidikan dan penilaian yang berterusan supaya dapat memulihkan sistem pendidikan dari segi kurikulum, hasil pembelajaran, objektif pengajaran dan sebagainya. Semoga dengan ini, saya berharap subjek ini dapat membantu para pendidik dalam pembelajaran dan pengajaran di institusi pendidikan dengan lebih teratur dan mempunyai suasana yang aktif serta mencapai matlamatnya dan selaras dengan dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan para pelajar abad ke-21 yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. 


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan Kurniaan Sang Maha Pencipta untuk sekalian makhlukNya. Semester pada kali ini dapat ditawarkan subjek Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi selaras dengan keperluan pendidikan pada abad ke 21. Dalam subjek ini dapat diperhatikan dengan reka bentuk beberapa model yang dapat digunapakai oleh para pendidik kepada para pelajar sama ada di peringkat rendah, menengah dan tinggi contohnya model ASSURE, ADDIE dan sebagainya. Melalui subjek ini juga dapat meningkatkan prestasi keperluan ICT kepada para guru dalam persiapan menghadapi kepelbagaian para pelajar dari segi jantina, umur dan persekitaran contohnya Bahan Bantuan Mengajar (BBM) ditransformasikan dengan kecanggihan peralatan yang sesuai digunakan bagi para pelajar seperti smart whiteboard, penggunaan tablets dan sebagainya selaras membantu meningkatkan pemahaman para pelajar.

    
MUHAMMAD SYAFIQ AIZAT  BIN NORHISHAM
4155001901


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana limpah dan kurnianya. Saya Muhammad Syafiq Aizat Bin Norhisyam dapat mempelajari subjek reka bentuk pengajaran dan teknologi banyak memberi pengalaman kepada saya. Disamping itu, saya juga dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari dalam subjek ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu,melalui subjek ini, banyak memberi manfaat kepada bakal dan pelajar .

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat yang diberikan. Subjek Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi ini memberi saya ilmu dan pengalaman bagaimana hendak mengaplikasikan teknologi pendidikan ke dalam bidang pendidikan. Hal ini sedikit sebanyak memudahkan kaedah pengajaran guru. Oleh itu saya berharap agar perkembangan teknologi pendidikan global dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pendidik. Terima Kasih.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah dengan limpah dan kurniaNya dapat saya meneruskan perjalanan saya menjadi seorang pelajar. Sepanjang berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah kuliah yang disampaikan oleh pensyarah, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal seorang pendidik. Dalam mempelajari mata pelajaran ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi dapat saya perolehi yang berkaitan model-model pengajaran, jenis-jenis model yang bersesuaian dalam pembelajaran dan pengajaran, teori-teori dan yang berkaitan dengan reka bentuk. Ilmu yang saya perolehi ini akan dapat membantu saya dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di sekolah pada masa akan datang.



Saya Safirazira Binti Marali bersyukur kerana diberi peluang untuk mempelajari subjek Rekabentuk Pengajaran & Teknologi. Ini kerana dengan mempelajari subjek ini saya dapat mengetahui bagaimana media pengajaran ini boleh meningkatkan perhatian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga, saya dapat mengetahui bagaimana media pembelajaran ini dapat berfungsi dengan baik sebagai pusat perhatian pelajar. Apalagi jika media pembelajaran itu bersifat menarik. Kami sebagai bakal guru boleh menggunakan media pengajaran ini sebagai platform untuk menarik perhatian pelajar misalnya dengan hanya membuat video yang menarik di hadapan kelas ketika memulai pembelajaran, dengan harapan pelajar akan selalu menumpukan  perhatiannya kepada hal-hal baru yang ditunjukkan atau dibawa oleh guru ke dalam ruang kelas. Jadi kami sebagai bakal guru tidak ragu untuk selalu menggunakan media pembelajaran di dalam aktiviti PdP. Selain itu, bakal guru dapat menjadikan pelajar mencintai ilmu dengan penuh kesenian, kesan daripada proses guru menyampaikan ilmu itu dalam bentuk yang menarik. Jika bakal guru ingin menggunakan media pembelajaran dan menjanjikan hasil yang efektif, maka bakal guru haruslah memilih media pembelajaran sesuai dengan tujuan pembelajaran. Media pembelajaran yang sesuai akan membantu pelajar memahami pembelajaran yang sedang dipelajari. Bagi peringkat mahasiswa pula, ia akan membantu mahasiswa mengorganisasikan informasi kerana berbagai media pembelajaran seperti media dalam bentuk powerpoint yang dirancang dengan sungguh-sungguh, menyajikan grafik atau dalam bentuk diagram dan ia juga dapat membantu mahasiswa mengorganisasikan masteri pembelajaran kendiri dengan lebih mudah.


MOHD IZAIRI IZAT BIN RUZANI
4181004071



Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat belajar subjek RekabentukPengajaran dan Teknologi ECS 3143 yang dapat membantu saya untuk mengetahui ssedikit sebanyak berkaitan dengan ICT. Ia adalah satu proses yang menggalakkan guru membuat pertimbangan tentang pemilihan strategi pengajaran dan media, khususnya dalam mengajar pelajar untuk masa hadapan sebagai seorang pendidik. Pelbagai ilmu yang saya dapat dalam mempelajari reka bentuk dimana ia boleh diaplikasikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ini. Antaranya model ASSURE dan ADDIE yang dapat membantu saya untuk mempelbagaikan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya juga ingin berterima kasih kepada pensyarah saya Ustaz Khairul Al Rashid Bin Mohd Nawi kerana sudi mengajar saya dengan pelbagai kaedah dan teori yang saya tidak belajar sebelum ini. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan saya yang banyak membantu dalam menyelesaikan perkara yang saya tidak tahu dalam subjek ini. Dengan izin Allah, saya akan mempraktikkan segala ilmu yang saya belajar dengan pensyarah di sekolah pada masa hadapan agar selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan seorang pelajar abad ke 21 yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.




NORAZIAH SABTURALI
4155004111

Alhamdulilah Allah SWT masih memberikan keizinan dan meminjamkan nikmat yang Dia pinjamkan. Saya secara peribadi turut rasa bersyukur kerana berpeluang mempelajari kursus Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi ECS 3143 ini, dan melalui subjek ini saya peroleh banyak ilmu tambahan yang dapat diaplikasikan untuk masa akan datang terutama sekali apabila memasuki alam pekerjaan melalui kaedah dan pendekatan dan teori-teori yang telah disampaikan oleh pensyarah iaitu En. Khairul Al Rashid Bin Mohd. Subjek ini banyak membantu iaitu membuka minda saya untuk lebih kreatif, dan mengetahui perkara yang saya tidak ketahui sehingga saya ketahui. Fahaman saya terhadap subjek ini lebih kukuh dengan tugasan yang diberikan, dan ini juga satu pengalaman bagi saya. Oleh itu, saya menyeru dan mengalakkan kepada seluruh mahasiswa di Malaysia untuk mencebri bidang ini untuk membantu melahirkan ramai lagi insan yang berfikiran kreatif dan inovatif. Hal ini kerana guru merupakan role model kepada anak murid kelak.


Pengajaran Rekabentuk Pengajaran dan teknologi ECS 3143 pada sem ini amat membantu saya untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang lebih menarik seperti bahan bantu mengajar elektronik dan sebagainya. Pensyarah iaitu Encik Khairul Al Rashid Bin Mohd Nawi banyak memberi pendedahan mengenai situasi pengajaran dan pembelajaran yang sebenar apabila berada di sekolah. Selepas itu, subjek ini banyak membantu saya menggunakan bahan bantu mengajar elektronik seperti laptop, slaid powerpoint dan sebagainya. perkara ini amat berguna dan saya akan mempraktikkan ketika menjalani praktikum kelak.


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat mempelajari subjek Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi ECS  3143. Pelbagai ilmu yang telah saya perolehi daripada pensyarah dan boleh diaplikasikan di masa akan datang. Subjek ini amat penting untuk dipelajari oleh bakal-bakal guru kerana ia merangkumi aspek-aspek teknologi pendidikan yang boleh digunakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.


SITI NUR ASYIQIN BINTI ROSMAM
4154009111


Rekabentuk ialah satu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak, video pengajaran, perisian komputer pengajaran dan bahan multimedia. Secara ringkasnya, reka bentuk pengajaran ini bermula daripada proses reka bentuk sehingga proses membina bahan pengajaran. reka bentuk pengajaran lebih berfokuskan kepada pernyataan kaedah-kaedah pengajaran iaitu sebagai satu disiplin yang memberi kepentingan kepada kefahaman, peningkatan dan aplikasi kaedah-kaedah pengajaran. Dalam era sekarang, iaitu era kemodenan, reka bentuk adalah sebagai satu bidang sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan bagi suatu keadaan yang memudahkan pembelajaran. Peranan reka bentuk adalah untuk meningkatkan profession perguruan, dapat meningkatkan kefahaman dan keprluan serta dapat menyelesaikan masalah untuk fokus dalam pengajaran. Ia juga dapat membantu proses pembelajaran murid secara individu,kumpulan kecil dan kumpulan besar, membantu guru memuat persediaan tentang topik, kaedah, aktiviti, bahan dan keperluan murid. Selain itu juga, guru dapat membuat persediaan yang dapat disesuaikan dengan topik dan latar belakang murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dapat menjadikan pembelajaran murid akan lebih menarik dan menyeronokkan.



BISMILLAHIRAHMANIRAHIM Pertama sekalinya saya bersyukur kepada hadrat Illahi, dengan limpahNya saya berpeluang mempelajari kursus Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi ECS 3143 ini, pelbagai teori, pendekatan serta kemahiran yang berguna telah saya perolehi dari pensyarah mata pelajaran ini. Tugasan individu dan tugasan kumpulan yang diberikan oleh pensyarah dapat memberikan kefahaman yang lebih mendalam terhadap kursus ini.  Pensyarah juga banyak berkongsi ilmu yang beliau ada untuk dijadikan panduan oleh saya dalam alam pekerjaan kelak. Justeru, saya selaku pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Islam) berasa pentingnya mempelajari dan menguasai kursus ini untuk digunakan sebagai panduan PdP agar selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar abad ke-21 yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan social.


Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dengan limpah rahmat dan izinNya dapat saya mempelajari kursus Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi ECS 3143 ini, dan melalui subjek ini saya peroleh pelbagai ilmu ypengetahuan yang dapat saya aplikasikan untuk masa hadapan lebih-lebih lagi apabila mengambil kursus Pendidikan Pengajian Islam dan bakal menjadi guru. Melalui kaedah dan pendekatan teori-teori yang telah disampaikan oleh pensyarah iaitu En. Khairul Al Rashid Bin Mohd Nawi, subjek ini banyak membantu saya untuk berfikiran lebih kreatif dan kritis dalam bidang teknologi. Cuma ia mengambil sedikit masa untuk memahami subjek ini akibat dari tugasan yang agak banyak. Namun begitu, saya berharap agar segala apa yang saya pelajari daripada subjek ini berguna pada saya dan masyarakat di masa akan datang. Teori DALE, model ASSURE dan model ADDIE boleh saya praktikkan jika menjadi pendidik kelak dalam proses pdp.


Assalammualaikum, pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran terhadap Illahi kerana telah memberi ruang untuk saya masih bernafas di muka bumi ini. Kursus Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi pendidikan ini banyak memberikan pendedahan dan pembelajarn baru sebagai seorang bakal pendidik. Tambahan pula pelajaran yang disampaikan oleh pensyarah kursus ini sangat memberangsangkan. Tambahan pula beliau sangat membantu kami semua pelajar dalam menjalankan tugas. Selain itu, pendedahan tentang teori pembelajaran, antaranya teori Dale, model Assure, model Addie yang saya aplikasikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Akhir sekali kursus ini sangat membantu dalam mengaplikasikan di dalam sesi pembelajaran sebagai seorang pendidik. Terima Kasih



Rekabentuk ialah satu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak, video pengajaran, perisian komputer pengajaran dan bahan multimedia. Secara ringkasnya, reka bentuk pengajaran ini bermula daripada proses reka bentuk sehingga proses membina bahan pengajaran. reka bentuk pengajaran lebih berfokuskan kepada pernyataan kaedah-kaedah pengajaran iaitu sebagai satu disiplin yang memberi kepentingan kepada kefahaman, peningkatan dan aplikasi kaedah-kaedah pengajaran. Dalam era sekarang, iaitu era kemodenan, reka bentuk adalah sebagai satu bidang sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan bagi suatu keadaan yang memudahkan pembelajaran. Peranan reka bentuk adalah untuk meningkatkan profession perguruan, dapat meningkatkan kefahaman dan keprluan serta dapat menyelesaikan masalah untuk fokus dalam pengajaran. Ia juga dapat membantu proses pembelajaran murid secara individu,kumpulan kecil dan kumpulan besar, membantu guru memuat persediaan tentang topik, kaedah, aktiviti, bahan dan keperluan murid. Selain itu juga, guru dapat membuat persediaan yang dapat disesuaikan dengan topik dan latar belakang murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dapat menjadikan pembelajaran murid akan lebih menarik dan menyeronokkan.




4155006201



Alhamdulilah bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmatNya saya dapat memulakan sesi interaksi pertama subjek ECS 3143 Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi. Subjek ini telah diajar oleh Tuan Khairul Al Rashid Bin Mohd Nawi pensyarah di Universiti Selangor. Pada sesi interaksi pertama pada 12 Februari 2018 hari isnin jam 8.00-8.30 malam saya diperkenalkan pensyarah berkaitan subjek tersebut merupakan subjek terpenting khususnya sebagai pendidik. Pada sesi pertama ini saya dapat belajar tentang konsep dan reka bentuk penagajaran & teknologi dari pensyarah. Perasaan saya ketika sesi interaksi pertama adalah berasa sedikit keliru. Saya keliru dengan istilah-istilah yang diguna pakai dalam reka bentuk pengajaran & teknologi dan ketika diminta mencari maklumat berkaitan dengan konsep reka bentuk dan teknologi melalui internet. Saya dapati banyak definisi konsep yang dinyatakan oleh para pengkaji. Justeru, saya cuba untuk mendapatkan konsep yang mudah saya fahami berdasarkan istilah sendiri. Selain itu, berdasarkan hasil interksi pertama saya mempelajari banyak istilah-istilah penggunaan dalam teknologi dan domain teknologi pendidikan. Istilah berkenaan pada mulanya sukar untuk saya memahami. Namun, apabila diterangkan oleh pensyarah saya sedikit sebanyak memahami. Tetapi saya masih tidak memahami apakah maksud istilah “domain”?, saya telah mencari maksudnya namun tidak jumpa. Walaubagaimanapun, saya memahami pembahagian domain yang mempunyai dua fasa. Manakala konsep teknologi menurut kefahaman saya ialah keupayaan atau kemahiran yang betul menggunakan alat mengikut fungsinya yang betul. Malah, konsep teknologi dalam p&p ialah suatu usaha untuk meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap ilmu pengetahuan. Contohnya, guru menggunakan kemudahan tayangan slide powerpoint sebagai alat bantu mengajar bagi memudahkan penyampaian pengajarannya dengan lebih berkesan. Kesimpulannya, semoga interaksi akan datang  tumpuan kepada satu-satu topik dapat dilaksanakan agar fokus dapat diambil perhatian dan kefahaman saya dapat dicapai. Segala kelebihan dan kekurangan diharapkan dapat dijadikan pengajaran kepada diri saya. Sekian terima kasih.Assalamualaikum.


MOHD RIDWAN BIN WALIN
4154006511


            Rekabentuk dan  Pengajaran dan Teknologi dapat merancang untuk menggunakan cara dan format yang paling sesuai bagi menyampaikan mesej kepada pelajar khususnya subjek pendidikan Islam dengan mempelbagaikan kaedah penyampaian pengajaran subjek pendidikan islam. Contohnya, reka bentuk skrin komputer, penggunaan warna dalam penyediaan poster, carta dan sebagainya, penghurufan seperti saiz dan jenis huruf, jenis media seperti video, audio, gambar dan sebagainya. Selain itu aspek-aspek grafik juga perlu diketahui sedikit sebanyak oleh kita sebagai guru agar dapat menyediakan bahan pembelajaran yang boleh mencapai objektif pengajaran, atau dapat memilih menggunakan bahan atau media pengajaran yang sesuai. Menurut Norasiah, Nor Risah Jamilah & Rosnah (2009), Mesej ialah maklumat, fakta, konsep, kemahiran dan nilai yang diberikan oleh guru kepada murid. Dalam kemajuan sains dan teknologi, mesej boleh diberikan melalui pelbagai cara dan dipermudahkan dengan menggunakan pelbagai peralatan dan ada kala media ini boleh menggantikan peranan guru sebagai pemberi mesej terutamanya subjek pendidikan islam. Sebagai contoh, penggunaan microsoft office yang mengandungi pemerosesan perkataan, hamparan elektronik dan perisian persembahan yang begitu canggih dapat membantu kita sebagai guru untuk merealisasikan satu sesi pengajaran yang bermutu tinggi dan bukan hanya berfokus pada pembelajaran melalui buku teks sahaja. Hampir semua guru di Malaysia telah didedahkan dengan kemahiran komputer melalui pelbagai kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran dan agensi yang berkaitan.
4154005451


Assalammualaikum, Alhamdulillah. Pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran terhadap Illahi kerana telah memberi ruang dan peluang untuk saya meneruskan kehidupan sehingga hari ini.  Kursus Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi ini telah banyak memberikan pendedahan dan pembelajaran baru kepada saya sebagai seorang bakal pendidik. Tambahan pula pelajaran yang disampaikan oleh pensyarah kursus ini sangat memberangsangkan. Banyak ilmu-ilmu baru dan terkini telah saya tambah di dalam kotak pemikiran saya. Selain itu, beliau sangat membantu kami semua pelajar dalam menjalankan tugas. Sebagai contoh, pendedahan tentang teori pembelajaran, antaranya teori Dale, model Assure, model Addie yang saya akan mengaplikasikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Akhir sekali kursus ini sangat membantu dalam medium pendidikan dalam sesi pembelajaran sebagai seorang pendidik. Terima kasih.


4155000191


Subjek Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi merupakan subjek yang baru yang saya ambil dalam semester lapan ketika ini. Subjek ini berkenaan dengan peranan dan kepentingannya serta pelbagai input yang dapat di aplikasikan dalam pendidikan. Subjek ini juga membuka mata saya tentang teknologi dan pendidikan. Menjadi bakal guru bukan suatu usaha yang kecil tetapi memerlukan usaha yang banyak. Pelbagai kemahiran, teknik dan ilmu-ilmu lain yang perlu dikuasai tidak hanya ilmu pendidikan sahaja malah ilmu lain yang dapat membantu guru dan pelajar mencapai objektif pengajaran daripada sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam subjek ini, terdapat beberapa amanah yang diberikan oleh pensyarah seperti kerja berkumpulan, individu, perbentangan dan projek bersama-sama dengan rakan sekelas serta ujian. Kesemua ini dinilai oleh pensyarah dan setiap penglibatan dan kehadiran turut diambil kira. Banyak input yang saya pelajari. Antaranya yang paling dekat di hati adalah tentang cara pensyarah memberikan kata-kata berunsur semangat, nasihat dan perhatian serta sokongan. Beliau sering berkongsi terutama mengenai pengalaman yang dilalui beliau. Kata-katanya memberi galakan dan satu tolakan pada diri untuk terus kuat, tabah dan tidak mudah mengalah menhadapi cabaran menjadi pelajar dan bakal guru.


4155001331


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Di kesempatan ini, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Khairul Al Rashid bin Mohd Nawi, Pensyarah bagi kursus, Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi ECS3143, di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang berterusan dan tidak berbelah bahagi. Tanpa bimbingan yang diberikan, tidak mungkin pembelajaran dan pengajaran ini akan berjaya dijalankan. Melalui subjek ini, telah banyak memberi manfaat dan pengalaman serta pengetahuan baharu untuk saya dsebelum menghadapi dunia pekerjaan sebagai seorang guru. Di samping itu, subjek ini juga banyak memberi input kepada saya bagaimana cara untuk membuat dan menyediakan alat bantu mengajar dan kaedah mengajar yang sesuai untuk mengajar pelajar pelajar sekolah dan menarik minat mereka semasa di sekolah kelak. Seterusnya, ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada rakan rakan kelas dan juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung yang turut memberi panduan, pandangan serta tunjuk ajar dalam sesi pembelajaran ini berlangsung. Segala tunjuk ajar dan jasa kalian amat berharga. Sekian.


4155003141


Menjadi seorang pelajar yang menimba ilmu mengikut peredaran masa, sudah tentu menjadi sebuah cabaran kepada saya apatah lagi pada zaman moden ini. Hal ini berkait rapat dengan mata pelajaran Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi dimana sebagai seorang pelajar yang menuntut dalam bidang pendidikan yang akan mengajar generasi pada masa yang akan datang sebagai bekalan ilmu. Dalam pada itu, mata pelajaran ini banyak memberi saya kesedaran tentang kepentingan bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, terdapat juga kekangan yang saya hadapi iaitu kekeliruan arahan dalam membuat tugasan, pada masa yang sama tugasan hendak dilaksana dengan cepat sehingga tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya kerana tugasan perlu dihantar secepat mungkin. Namun begitu, saya dapat lakukan dengan baik diatas bantuan rakan-rakan sekelas dan juga pensyarah. Dengan siapnya tugasan ini memberikan saya kesedaran bahawa mata pelajaran rekabentuk teknologi ini sangat penting dalam membantu saya pada masa hadapan dan generasi akan datang dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Ilmu mata pelajaran ini akan saya praktiskan dalam setiap mata pelajaran saya belajar.


4155000711


Berdasarkan dengan apa yang saya pelajari di dalam Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi, saya merasa sangat bersyukur kerana dapat memahami pelbagai perkara khususnya dalam penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Setelah mempelajari topik ini, saya dapat memahami konsep sebenar reka bentuk pengajaran. Rekabentuk pengajaran bermaksud suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari oleh pelajar. Bagi saya, pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap akan mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membina disiplin yang positif. Ini kerana guru akan dapat melaksanakan pengajaran dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.

4155001121 

Assalamualaikum w.b.t. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya bersyukur kepada Allah ‘Azzawajalla kerana telah diberi kesempatan untuk menuntut ilmu di dalam subjek Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi ECS 3143 ini. Subjek ini adalah amat signifikan khususnya kepada kami mahasiswa dan mahasiswi yang bakal bertugas menjadi warga pendidik apabila telah tamat belajar pada peringkat Ijazah Sarjana Muda kelak. Subjek ini sangat membantu dalam mempersiapkan para siswa dan siswi khususnya dalam membuat persediaan untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Silibus-silibus yang diperuntukkan dalam subjek ini memberi ilmu-ilmu pengetahuan yang baru serta menambah dan mengukuhkan lagi pengetahuan yang sedia ada kepada diri ini khususnya yang mana ia amat membantu dalam persediaan pedagogi. Setinggi-tinggi penghargaan tentunya diberikan kepada pensyarah kami iaitu Encik Khairul Al Rashid bin Mohd Nawi yang tanpa rasa jemu telah membimbing, mendidik serta memberi tunjuk ajar kepada kami semua di dalam subjek ini. Beliau telah banyak memberi input-input baharu kepada kami serta banyak membantu dalam menyiapkan tugasan-tugasan yang telah diberikan yang mana akhirnya memberi faedah kepada kami siswa dan siswi sekalian. Dengan ilmu yang telah diperolehi serta pengalaman yang dikecapi daripada subjek ini, insyaAllah kami para siswa dan siswi akan lebih bersedia untuk menjadi warga pendidik yang lebih bertanggungjawab, berkarisma, berwawasan tinggi, berfikiran kritis dan kreatif, serta pendidik yang berwibawa yang akan menyumbang kepada masyarakat dan negara. Saya akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih.


4155001581


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi peluang kepada saya untuk mengikuti kursus subjek Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi yang mana pensyarahnya ialah Encik Khairul Al Rashid Bin Mohd Nawi. Subjek ini saya rasakan banyak membantu saya untuk lebih memahami bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan boleh dijalankan. Penerangan dari pensyarah berkaitan subjek ini adalah sangat membantu terutamanya untuk peperiksaan akhur semester ini. Semoga setiap yang dipelajari di dalam subjek Reka bentuk pengajaran dan Teknologi ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya di masa akan datang. Sekian.


Dalam subjek Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi saya dapat memahami bagaimana caranya menggunakan teknologi serta kemudahan yang ada untuk mengajar agar saya dapat aplikasikan apa yang telah dipelajari ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Tambahan lagi, saya juga dapat memilih jenis kemudahan mana yang perlu saya gunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran mengikut topik yang sesuai.


4155000241


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulilah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurniaNya saya dan rakan-rakan seperjuangan dapat mempelajari subjek Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi. Dengan mempelajari subjek ini, saya dapat meningkatkan dan mempelbagaikan kemahiran teknologi yang saya telah ada. Di zaman yang penuh dengan penggunaan teknologi ini sememangnya memerlukan individu yang mahir dalam bidang ini. Terutamanya kepada guru dan bakal guru supaya dapat mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar pelajar-pelajar di sekolah dapat menerima pembelajaran dengan mudah dan berkesan. Saya tidak akan pernah berhenti untuk meningkatkan ilmu pengetahuan saya berkenaan kemahiran teknologi maklumat. Hal ini agar saya dapat mengaplikasikan dan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran semasa mengajar di sekolah dengan penggunaan ICT.


4155000751


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya berasa bersyukur kerana berpeluang mempelajari matapelajaran Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi. Subjek ini sangat-sangat signifikan bagi saya yang bakal menjadi warga pendidik apabila tamat belajar pada peringkat Ijazah Sarjana Muda kelak. Setelah mempelajari mata pelajaran ini, saya berasa mata pelajaran Reka bentuk Pengajaran dan Teknologi mestilah dipelajari dan difahami oleh bakal guru-guru. Hal ini kerana, di dalam reka bentuk terdapat pendedahan mengenai cara menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bakal guru-guru boleh menjadikan mata pelajaran reka bentuk dan teknologi sebagai persediaan permulaan pengajaran di sekolah. Sebagai seorang guru, penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting dalam meningkat prestasi murid ke arah yang lebih sistematik. Pada pendapat saya, perancangan yang teratur akan menghasilkan pembelajaran yang aktif di dalam kelas. Hal ini dapat membantu murid dalam meyakinkan dan percaya kepada diri sendiri. Pada masa yang sama juga dapat menonjolkan bakat pelajar yang terpendam melalui penggunaan tekonologi maklumat. Setinggi-tinggi penghargaan tentunya diberikan kepada pensyarah kursus ini iaitu Ustaz Khairul Al Rashid Bin Mohd Nawi yang tanpa rasa jemu telah membimbing, mendidik dan memberi tunjuk ajar sama ada di dalam pembelajaran kuliah mahupun dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Semoga ilmu yang beliau berikan dapat saya jadikan bekalan untuk menjadi warga pendidik nanti.


MUSHAFA BIN MUSTAIN
4155000791


Assalamualaikum w.b.t. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya bersyukur kepada Allah Azzawajalla kerana telah memberi kesempatan kepada saya untuk menuntut ilmu di dalam subjek Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi. Subjek ini sangat sangat signifikan bagi saya yang bakal menjadi warga pendidik apabila tamat belajar pada peringkat Ijazah Sarjana Muda kelak. Seiring dengan hasrat Kementerian Pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang menyeru kepada warga pendidik supaya mempersiapkan diri dengan kemahiran terkini dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21, kursus ini telah membantu saya dalam mencari pendekatan, kaedah, strategi dan teknik pengajaran baharu agar murid-murid pascamerdeka kini mendapat pembelajaran yang bermakna. Setinggi-tinggi penghargaan tentunya diberikan kepada pensyarah kursus ini iaitu Ustaz Khairul Al Rashid Bin Mohd Nawi yang tanpa rasa jemu telah membimbing, mendidik dan memberi tunjuk ajar sama ada di dalam pembelajaran kuliah mahupun dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Semoga ilmu yang beliau berikan dapat saya jadikan bekalan untuk menjadi warga pendidik nanti. Dengan ini, saya akhiri dengan jutaan terima kasih dan semoga Allah merahmati beliau


ROHAYA BINTI ABDUL MALIK
4155002331 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah bersyukur kepada hadrat Ilahi, dengan limpah kurnia dan syafaat junjungan Nabi Muhammad S.A.W, berkat doa guru-guru, ibu bapa serta sahabat-sahabat perjuangan sekalian, kami berpeluang untuk belajar subjek Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi pada semester ini. Subjek ini membantu saya untuk mengaplikasikan teknologi dalam menyampaikan pembelajaran di dalam kelas. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran membantu guru dalam proses pengajaran supaya pelajar lebih faham dan tertarik serta memberi keberkesanan terhadap sesuatu topik yang dipelajari. Guru perlu mencari idea untuk pembelajaran dan bahan bantu mengajar yang menarik untuk memotivasikan minat pelajar dan mewujudkan daya tarikan dalam proses pembelajaran. Pelbagai kaedah yang sesuai dan menarik dengan penggunaan teknologi seperti penggunaan media, video, gambar, animasi dalam bahan bantu mengajar sama ada semasa set induksi, semasa pengajaran malahan sepanjang proses pembelajaran. Terima kasih kepada pensyarah di atas bimbingan dan memberi pendedahan, tunjuk ajar serta komen yang positif serta idea dalam mengajar subjek ini.

4155001321

Saya Akalili Balqis Bt Zainal Abidin berasa bahawa subjek Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi  ini sangat membantu saya dan rakan-rakan dalam memahami bagaimana ingin membentuk pembelajaran yang menarik di dalam kelas serta kami sebagai bakal guru dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran pada akhir kelas. Bagaimanapun, sepanjang melaksanakan tugasan ini, sedikit sebanyak pasti akan berlakunya beberapa masalah antaranya berkaitan dengan pencarian sumber rujukan dalam melaksanakan tugasan yang telah diberikan. Permasalahan yang telah saya alami ialah kekurangan buku ilmiah sebagai bahan rujukan. Selain itu, saya juga bersetuju dengan didikan pensyarah tentang pengurusan masa adalah sangat penting dan serba sedikit mengajar saya bahawa masa itu tidak menunggu kita. Semoga setiap ilmu yang dicurahkan oleh pensyarah akan dimanfaatkan kepada mereka semua yang bakal bergelar pendidik.


4154002391

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dengan limpah dan rahmatNya dapat juga saya siapkan tugasan yang diberikan walaupun mempunyai pelbagai kekangan, tapi dapat juga saya cuba juga untuk siapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Dalam mempelajari kursus Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi ECS3143 ini, saya memperoleh pelbagai ilmu misalnya, cara penggunaan media, video, gambar, animasi dan lain-lain lagi, yang mana saya boleh gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ketika di dalam kelas kelak. Selain itu, mata pelajaran ini amat membantu sayadalam mencari langkah atau strategic serta pendekatan yang sesuai bagi digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, supaya pengajaran yang disampaikan memberi kesan dan menarik minat para pelajar untuk memahaminya. Mata pelajaran ini juga perlu kerana generasi pada zaman ini lebih kehadapan dalam penggunaan teknologi semasa.  Dengan mata pelajaran ini juga, menambahkan kemahiran kepada bakal-bakal guru dalam penggunaan Teknologi Maklumat. Akhir kalam, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada En. Khairul Al Rashid Bin Mohd Nawi sebagai tenaga pengajar yang telah mencurahkan banyak ilmu dan membantu saya sepanjang saya mempelajari subjek ini. Segala jasa beliau tidak akan saya lupakan dan tidak mampu untuk dibalas dengan wang ringgit. Semoga Allah rahmati beliau. Sekian, terima kasih.


4155002051



Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi atas nikmat yang diberikan. Subjek Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi ini memberi saya ilmu dan pengalaman bagaimana hendak mengaplikasikan teknologi pendidikan ke dalam bidang pendidikan. Hal ini sedikit sebanyak memudahkan kaedah pengajaran guru. Oleh itu, saya berharap agar perkembangan teknologi pendidikan global dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pendidik. Terima kasih.
4155003161


Subjek Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi ini banyak membantu saya dalam penggunaan media yang kreatif untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran semasa di dalam kelas. Pelbagai kaedah yang dapat diaplikasikan untuk menarik minat pelajar supaya tidak merasa bosan ketika sesi pdp. Di samping itu menggunakan buku teks dan papan putih penggunaan media dalam pendidikan alaf 21 ini sangat penting kerana ia sering dengan kemajuan teknologi yang canggih. Saya berharap agar segala ilmu pengetahuan yang saya perolehi semasa di dalam kelas dapat menjadikan saya seorang guru yang kreatif untuk membantu pelajar memahami sesbuatu pembelajaran di dalam kelas mahu diluar kelas. 


415500281


Alhamdulillah saya telah diberi kesempatan untuk mengambil subjek Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi ini pada semester lapan di Universiti Selangor. Jika saya tidak mengambil subjek ini saya tidak akan pernah mengetahui bahawa dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen dan aspek yang perlu difikirkan oleh pendidik. Elemen yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja wujud di dalam kelas malahan terdapat juga di luar bilik darjah. Memandangkan elemen yang perlu difikirkan terlalu banyak dan meluas, pendidik perlu memikirkan satu reka yang terbaik untuk membina dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian. Melalui subjek RBT inilah saya dapat mengetahui dan mempelajari semua ilmu tersebut. Jujur, terdapat pelbagai dugaan dalam menyiapkan segala tugasan berkaitan subjek rekabentuk ini ditambah pula dengan faktor kekurangan masa dan tugasan yang bertindih. Namun, saya tidak pernah berputus asa dan tetap mencari jalan keluar untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan. Akhir kata, diharapkan dengan ilmu dalam mempelajari subjek rekabentuk  dan teknologi ini saya dapat menjadikannya sebagai bekalan di masa hadapan dalam menjadi seorang pendidik yang berkaliber.


SITI AKMAR BINTI KAMARUDIN
4154001331

    Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana saya dapat mempelajari kursus Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi ECS 3143. Kursus ini mendedahkan saya untuk menggunakan teknologi dalam pendidikan. Diantara model dan teori yang dipelajari ialah model ADDIE dan model ASSURE. Kursus ini juga dapat membantu saya dalam menceburi bidang pendidikan lebih-lebih lagi dalam pendidikan alaf 21 ini. Oleh itu, saya menyarankan bidang ini perlu diperluaskan lagi terutamanya kepada bakal guru dan guru-guru yang mengambil pengkhususan Pendidikan Islam supaya menjadikan sesi P&P lebih berkesan bukan sahaja kepada guru malah kepada pelajar


MEGAT KHAIRUL ANUAR BIN JA'AFAR
4155003691

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah ustaz Khairul Al Rashid bin Mohd Nawi kerana telah banyak menyumbangkan jasa dalam memberikan tunjuk ajar sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Komitmen beliau yang tinggi dalam memastikan setiap dari kami dapat mengikuti interaksi dengan berkesan telah mendorong saya dan rakan-rakan untuk turut memberikan kerjasama yang maksimum. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang sudi berkongsi dan bertukar-tukar maklumat sepanjang proses pembelajaran subjek ini. Selain itu, kemahiran-kemahiran yang dipelajari turut membantu dalam mendewasakan saya, di mana terdapat beberapa perkara yang pada awalnya saya anggap tidak perlu diulangkaji lagi kerana sudah mahir dalam menggunakan kemahiran tersebut. Tetapi pada hakikatnya, masih terlalu banyak yang harus dipelajari lagi. Sebagai contoh, dalam penggunaan microsoft power point yang mana kami gunakan bagi tujuan membuat pakej pembelajaran. Secara keseluruhannya, subjek Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi  kali ini telah menambah satu lagi ilmu yang bermanfaat kepada naluri saya sendiri sebagai seorang bakal warga pendidik yang perlu menguasai banyak hal termasuklah ilmu dalam bidang teknologi. Selepas ini, segala kemahiran yang diperolehi pasti akan saya gunakan dan manfaatkannya dengan sebaik mungkin. Akhir kata, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam membantu untuk tugasan kali ini. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.


NURUL NADIAH BINTI MOHAMED RADZI
4155001611
       
    Alhamdulillah bersyukur kepada hadrat Ilahi, dengan limpah kurnia dan syafaat junjungan Nabi Muhammad S.A.W, berkat doa guru-guru, ibu bapa serta sahabat-sahabat perjuangan sekalian, kami berpeluang untuk belajar subjek Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi pada semester ini. Subjek ini membantu saya untuk mengaplikasikan teknologi dalam menyampaikan pembelajaran di dalam kelas. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran membantu guru dalam proses pengajaran supaya pelajar lebih faham dan tertarik serta memberi keberkesanan terhadap sesuatu topik yang dipelajari. Guru perlu mencari idea untuk pembelajaran dan bahan bantu mengajar yang menarik untuk memotivasikan minat pelajar dan mewujudkan daya tarikan dalam proses pembelajaran. Pelbagai kaedah yang sesuai dan menarik dengan penggunaan teknologi seperti penggunaan media, video, gambar, animasi dalam bahan bantu mengajar sama ada semasa set induksi, semasa pengajaran malahan sepanjang proses pembelajaran. Terima kasih kepada pensyarah di atas bimbingan dan memberi pendedahan, tunjuk ajar serta komen yang positif serta idea dalam mengajar subjek ini.


NURSYIFA NABILA BINTI AHMAD
 4154003431

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas Rasul junjungan serta para sahabat baginda. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia dan inayahNya kami dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan kami dengan tugas-tugas harian yang lain. Dalam mempelajari kursus Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi ECS3143 ini, pelbagai kaedah dan teknik yang sesuai dan menarik seperti penggunaan media, video, gambar, animasi dan sebagainya dapat saya pelajari dan saya boleh gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah kelak. Selain itu, kursus ini amat membantu saya dan bakal-bakal guru yang lain dalam mencari strategi, teknik dan kaedah serta pendekatan yang sesuai yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar suatu pengajaran itu lebih bermakna dan menarik minat para pelajar untuk memahaminya. Pada pandangan saya, kursus ini sangat wajar untuk dipelajari oleh bakal-bakal pendidik. Hal ini kerana generasi masa kini lebih ke arah penggunaan teknologi semasa. Kursus ini bertujuan untuk menerapkan kepada para guru dan bakal-bakal guru untuk memanfaatkan penggunaan Teknologi Maklumat. Akhir kata, terima kasih kepada En. Khairul Al Rashid bin Mohd Nawi sebagai tenaga pengajar yang telah banyak membantu dan mencurahkan ilmu kepada saya sepanjang mempelajari subjek ini. Jasa beliau tidak dapat dibalas dengan wang ringgit. Semoga Allah merahmati beliau.

No comments:

Post a Comment